Friday, April 17, 2009

Kisah kasih suami kepada isteri...

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand .Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telahmeninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya kerana agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari duaminggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada sesiapa lagi di kampung ini yg buat sampai begitu sekali sebelum ni. Pak Mat menjawab, sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, arwah telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......


f/n: kamik pernah cerita lawak nie kat wife kamik..kena cubit ader ler...huhu...

No comments:

Post a Comment